AYAM ADOBO
APA ITU ADOBO??
SEJARAH (ADOBO)
Walaupun ia mempunyai nama yang diambil daripada bahasa Sepanyol, kaedah memasaknya berasal dari Filipina. Apabila Sepanyol menjajah Filipina pada abad ke-16 dan awal abad ke-17, mereka menemui proses memasak yang melibatkan merebus dengan cuka, yang mereka kemudian rujuk sebagai adobo, perkataan Sepanyol untuk perasa atau perapan. Hidangan yang disediakan dengan cara ini akhirnya dikenali dengan nama ini, dengan istilah asal hidangan ini hilang dalam lipatan sejarah.
Malah sebelum Sepanyol datang, warga Filipina yang awal memasak makanan mereka biasanya dengan menggoreng, mengukus atau kaedah mendidih. Untuk memastikan ia segar lebih lama, makanan sering dimasak dengan merendam ke dalam cuka dan garam. Oleh itu, ia adalah kemungkinan besar bahawa warga Filipina mungkin telah memasak daging dalam cuka sebagai satu cara pemeliharaan atau pengawetan. Proses ini bermula sejak Zaman Klasik dan telah digunakan untuk daging babi dan ayam.
JENIS - JENIS ADOBO
Adabong manok (ayam), adabong baboy (khinzir) dan adabong baka (daging) merupakan jenis adabo yang sering dimasak atau dijual oleh orang Filipina.Bukan itu sahaja sumber yang boleh digunakan, ada juga sumber yang lain seperti adobong pugô (puyuh). Terdapat juga variasi makanan laut yang boleh dijadikan bahan masakan iaitu termasuk ikan (adobong isda), ikan sembilang (adobong hito), udang (adobong hipon), dan sotong (adobong pusit). Ia juga boleh digunakan untuk memasak sayuran dan buah, seperti kangkung (adobong kangkong), rebung buluh (adobong labong), terung (adobong talong), jantung pisang (adobong pusô ng saging), dan bendi (adobong okra).Malah versi yang lebih eksotik termasuk adobong sawâ (ular),adobong palakâ (katak), dan adobung kamaru Kapampangan (sesorok).
RESEPI MASAKAN AYAM ADOBO
- 300g - 400g ayam
- 1 cawan cuka
- 3/4 cawan kicap (guna kicap lemak manis Jalen).
- 1/2 labu bawang putih (asingkan, titik dan buang kulitnya)
- 1 - 2 sudu teh lada hitam biji - Tidak perlu ditumbuk/dihancurkan kerana mahu rasa lada hitam yang tidak terlalu kuat.
- 2 - 3 keping daun salam.
- Garam (jika perlu)
- Sedikit minyak untuk menggoreng ayam.
- Bersihkan ayam. Perap ayam bersama cuka, kicap, lada hitam, bawang putih (jangan lupa titik/tumbuk dulu untuk keluarkan rasa garlicky-nya) dan daun salam. Ada yang perap semalaman supaya perapannya lebih mesra.Lebih baik perap 2 - 3 jam je. Dah cukup dah, insya-Allah.
- Setelah diperap, gunakan frying pan (kuali leper) dan panaskan sedikit minyak. Sedikit sahaja tau! Goreng ayam hingga masak dan bahagian luarnya crispy sedikit. Balik-balikkan ayam supaya gorengan sekata.
- Setelah ayam masak, masukkan kuah perapan tadi dan didihkan seketika sehingga liquidnya reduced dan memekat sedikit. Perasakan dengan garam (jika perlu). Jika mahu kerangupan bahagian ayam dikekalkan, keluarkan ayam dari kuali sebelum reneh dan pekatkan kuah. Apabila nak dihidangkan baru masukkan ayam ke dalam kuahnya. Dua-dua cara pun boleh.
- Sedia untuk dihidangkan.
WOWW!! INFO YANG MENARIK...
ReplyDeleteBAGUS!!!
ReplyDeletekek tapak kuda sedap
ReplyDeletesedap dah pernah try
ReplyDelete