NASI LEMAK
PENGENALAN
''Nasi Lemak'' merupakan satu sajian makanan yang amat digemari oleh rakyat Malaysia.Nasi lemak juga merupakan makanan tradisi orang Melayu yang terdapat di semua bahagian Malaysia, Singapura dan Brunei. Sajian ini merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala, daun pandan wangi dimasukkan semasa nasi dimasak bagi menambahkan aromanya.Nasi lemak selau dijadikan hidangan yang mudah dan ringkas. Hidangannya lengkap berasaskan nasi yang berlemak santan kelapa ditambah rasa pedas sambal, kerangupan ikan bilis, kepejalan telur rebus dan ditawarkan pedasnya dengan timun.
ASAL USUL
Pada masa sekarang, Nasi Lemak telah diubahsuai dengan dihidangkan pelbagai jenis lauk pauk seperi ayam, daging, hati, ikan dan sebagainya. Ini telah membuatkan Nasi Lemak diterima umum dan menjadi punca pendapatan kepada peniaga.
Ramuan
- BAHAN A (NASI):
- 3 cawan beras
- 2 cawan air
- 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
- 1 inci halia (hiris nipis)
- 3 helai daun pandan (carik & simpul)
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 2 sudu makan minyak masak
- BAHAN B (SAMBAL):
- 2 bawang besar **
- 4 ulas bawang putih **
- Segenggam ikan bilis (basuh, rendam sekejap & toskan) **
- 3 sudu besar cili kisar (boleh lebihkan jika suka pedas)
- 2 sudu besar gula apong/gula merah
- Secukup rasa gula
- Secukup rasa garam
- 1 cawan air **
- 1 sudu kecil asam jawa adabi
- Sedikit ajinamoto jika suka
- Secukupnya minyak untuk menumis
- Kisar bahan-bahan bertanda **
- BAHAN-BAHAN LAIN:
- 5 biji telur rebus
- Ikan bilis goreng
- Kacang tanah goreng
- 1/2 batang timun
Cara Memasak
- 1
Basuh beras, toskan dan masukkan bawang merah dan halia yang dihiris serta daun pandan. Kemudian masukkan santan, air, garam dan minyak masak, kacau rata. Masak seperti biasa menggunakan rice cooker.
- 2
Bila nasi mendidih, kacau nasi bagi sekata kemudian biar sehingga masak.
- 3
Kisar semua bahan-bahan bertanda **, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, masukkan cili kisar, gula apong & asam jawa.
- 4
Bila sambal sudah pecah minyak, perasakan dengan garam, gula dan sedikit ajinamoto. Masak dengan api perlahan sehingga sambal garing.
- 5
Siap.
- 6
Kemudian boleh goreng ikan bilis dan kacang tanah.
- 7
Boleh lah dihidangkan bersama nasi lemak. Jika berkemampuan, bolehlah dimakan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain.
2. Jangan pilih daun pisang yang tebal
Nama: Nasi Lemak Saleha
Lokasi: Sri Rampai & Kampung Pandan, Kuala Lumpur
Sejarah: Mula beroperasi di Kampung Pandan lebih 30 tahun lepas
Nasi: Nasi lemak Tanak (dimasak dalam rice cooker). Rasa berlemak, lembut dan bersantan.
Sambal: Masak lebih dari 6 jam. Rasa halus, manis ada sikit pedas.
Condiments: Ikan bilis, kacang tanah, timun dan telur. Lengkap dan rasa secukupnya.
Lauk best seller: Ayam Rendang. Rasa asli dan sedap.
2. NASI LEMAK WAK KENTUT
Nama: Nasi Lemak Wak Ben @ Nasi Lemak Wak Kentut
Lokasi: Kulaijaya, Johor
Sejarah: Beroperasi sejak tahun 1980. Bunyinya mungkin sedikit lucu, Wak Kentut. Tapi gelaran tersebut mempunyai sejarahnya tersendiri.
Nasi: Nasi lemak kukus. Nasi tak melekat dan rasa berlemak.
Sambal: Sambal manis-manis pedas, dan dalam sambal ada ikan bilis. Sedikit berminyak.
Condiments: Telur dan kacang tanah, ikan bilis dalam sambal
Lauk best seller: Ayam Goreng. Ayam tepung digoreng segar, dihidang sekali dengan “kruk”. Rangup di luar dan juicy dalam. Ayam goreng memang jadi tarikan orang ramai ke kedai ni.
3. NASI LEMAK PAK MUSA
Nama: Nasi Lemak Warisan Pak Musa @ Nasi Lemak Tepi Longkang
Lokasi: Banting, Selangor
Sejarah: Beroperasi sejak tahun 70-an. Nasi Lemak Warisan Pak Musa masih kekalkan resipi asli Pak Musa.
Nasi: Nasi Lemak Tanak (dimasak dalam rice cooker). Nasi tak berlemak sangat dan rasa ringan dimakan
Sambal: Sambal manis. Sambal menjadi tarikan orang ramai sebab rasa manis dan halus, dan sambal nasi lemak sama yang dihidangkan dengan sotong dan telur goyang.
Condiments: Telur, ikan bilis dan timun.
Lauk best seller: Sotong Sambal. Walaupun sotong rendam, sotong tak rasa liat ataupun “chewy”. Lembut dan memang kena dengan sambal manis. Juga ada tempe.
RUJUKAN:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak
https://thenavmy.wordpress.com/2015/03/07/asal-usul-nasi-lemak/
https://cookpad.com/my/recipes/16783990-nasi-lemak
https://matsallehcarimakan.com/makanan/top-10-nasi-lemak-terbaik-menarik/
ade sape ii tau tak nasi lemak murah area kota masai... isteri mengidamm pulakk:((
ReplyDeletebole pm...
Deletekek tapak kuda sedap, inti banyak
ReplyDeletesalah site bang...
Deletesedap nasi lemak ni, dah pernah try \
ReplyDelete