NASI AYAM HAINAN
PENGENALAN
'Nasi Ayam Hainan' ialah hidangan ayam rebus dan nasi berperisa, dihidangkan bersama sos cili dan biasanya dengan hiasan timun. Menu tambahan istimewa seperti tauge tumis, kerabu mangga atau kailan goreng pula antara hidangan iringan dan sering dikaitkan dengan makanan Singapura dan Malaysia .
Nasi ayam Hainan di Malaysia lain pula kisahnya.
Yang dinamakan Nasi ayam Hainan sebenarnya ayam yang direbus dan ia berwarna putih. Tetapi di negara kita ayamnya digoreng ataupun disiramkan minyak sehingga kulitnya menjadi keperangan.
ASAL USUL NASI AYAM HAINAN :
Hainan merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Tenggara China. Asal-usul nasi ayam yang berasal dari kepulauan itu ialah di satu bandar bernama Wenchang.
Sebelum popular sebagai salah satu makanan di negara kita, nasi ayam Hainan mulanya masuk ke negara Singapura sekitar awal abad ke-20 menular ke negara kita di bawa oleh kaum Cina ke Ipoh,Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sebelum menular ke beberapa negeri lain.
Kalau di Wenchang nasi ayamnya tidak ada yang digoreng, semua ayam direbus dan berwarna putih. Nasi ayam dari kepulauan Hainan yang terletak di daerah Nan itu kemudian dicampur adukkan dengan resepi kantonis dan Hainan. Penduduk Wenchang, kebiasaannya akan menghidangkan nasi ayam kepada tetamu yang hadir untuk apa saja majlis yang diadakan sebagai tanda penghormatan.
Secara tradisional nasi ayam Wenchang dimasak dengan cara merebus ayam yang diperapkan dengan bahan perapan cara Hainan seperti bawang putih, halia, kicap, garam dan jus oren. Walaupun ramuannya nampak mudah tetapi jika tersalah sukatan rasanya akan lari dan tidak sedap.
Selain itu, faktor suhu panas air mendidih juga mempengaruhi rasa sedap ayam.
https://utusantv.com/2023/10/04/nasi-ayam-hainan-dari-mana-asalnya/
RESEPI DAN CARA MEMASAK :
Ada 5 bahagian penyediaan. Pertama cara untuk rebus ayam untuk dapatkan ayam yang lembut dan juicy. Dari hasil air rebusan ayam pula, kita akan guna untuk masak nasi, sos cili dan kuah kicap atau dressing. Bahagian kedua pula, cara sediakan pes halia & daun bawang.
Ketiga, dari air rebusan, kita guna untuk masak nasi ayam yang penuh berperisa dengan 1 lagi bahan tambahan untuk sedapkan lagi nasi ayam. Keempat, penyediaan sos cili yang manis, pedas, dan masam secukup rasa. Kelima, kuah kicap atau dressing untuk dituang ke atas ayam rebus semasa menghidang.
BAHAN BAHAN :
BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM :
- 1 ekor ayam
- 2 inci halia dengan kulit
- Daun bawang
- ½ sudu kecil garam
- 1 ketul kiub ayam
- 2 liter air
- 1 sudu besar minyak bijan
BAHAN-BAHAN UNTUK PES HALIA :
- 3 inci halia
- Daun bawang (bahagian pangkal)
- Garam,secukup rasa
- ¼ cawan minyak panas
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS CILI :
- 5 tangkai cili padi
- 2-4 biji cili merah
- 4 ulas bawang putih
- 5 biji limau kasturi
- 1 inci halia
- Air rebusan ayam
- 2 sudu besar gula
- Garam,secukup rasa
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS KICAP :
- 1 cawan air rebusan ayam
- 3-4 sudu besar kicap cair
- 1-2 sudu besar minyak bijan
BAHAN-BAHAN UNTUK MINYAK AYAM :
- 3-4 potongan kecil lemak ayam
- 4-5 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN UNTUK NASI :
- 2 cawan beras
- 3 cawan air rebusan ayam
- Minyak dari lemak ayam
- 2 ulas bawang putih
- ¼ biji bawang holland
- 2 helai daun pandan
- Garam,secukup rasa
BAHAN-BAHAN LAIN :
- Tomato
- Timun
CARA PENYEDIAAN :
- Cara-cara untuk penyediaan ayam:
- Halia potong kasar, daun bawang asingkan daun dan batang kemudian potong daun bawang anggaran 2 inci.
- Potong dan ambil sikit lemak ayam anggaran 3-4 potongan kecil (bahagian punggung & leher) untuk digunakan masak nasi nanti.
- Lumur permukaan ayam dengan garam.
- Tumbuk halia sehingga pecah. Susun halia dan daun bawang dalam periuk.
- Masukkan ayam, daun bawang, kiub pati ayam, garam dan air.
- Rebus ayam dengan api perlahan selama 45-60 minit.
- Angkat ayam dan rendam ayam dalam air sejuk.
- Tapis air rebusan ayam dan ambil sup saja.
- Cara-cara untuk penyediaan pes halia:
- Halia kupas kulit dan parut halus.
- Hiris halus daun bawang (bahagian batang)
- Masukkan halia parut, daun bawang (bahagian batang) dan garam kemudian tumbuk sampai sebati.
- Panaskan minyak masak (sehingga berasap) dan tuang atas pes halia kemudian kacau sebati.
- Cara-cara untuk nasi ayam:
- Bawang putih ketuk sampai pecah. Bawang holland potong kasar.
- Masak lemak dengan sedikit minyak masak sehingga lemak kecut kemudian tapis keluar lemak.
- Dengan minyak lemak ayam tadi, tumis bawang putih dan bawang holland.
- Masukkan daun pandan dan beras. Goreng beras dalam 2-3 minit.
- Masukkan air dan garam. Kacau sebati dan biarkan nasi masak.
- Cara-cara untuk sos cili:
- Parut halia yang telah dikupas kulit.
- Potong kasar cili merah, cili padi dan bawang putih kemudian kisar halus.
- Campur cili dan bawang kisar dengan parutan halia, gula, garam, jus limau Kasturi dan air rebusan ayam.
- Cara-cara untuk kuah kicap:
- Bancuh sup ayam dengan kicap cair dan minyak bijan.
- Cara-cara untuk sup:
- Tabur sup dengan daun bawang.
- Cara-cara untuk hidang:
- Lumur sebati minyak bijan pada permukaan ayam.
- Potong ayam kemudian tuang kuah kicap atas ayam. Hiaskan dengan hirisan daun bawang dan cili merah.
- Hidangkan bersama nasi, hirisan tomato, timun dan hidangan sampingan yang lain seperti sos cili, kuah kicap, pes halia dan sup ayam.
Video cara membuat Nasi Ayam Hainan :
https://resepichenom.com/resepi/nasi-ayam-hainan/show
5 Tempat Makan Nasi Ayam Hainan Di Singapura :

1. BOON TONG KEE
Dibuka pada 1979, awalnya Boon Tong Kee hanyalah kedai kecil sederhana di daerah Chinatown. Disebabkan nasi ayam hainan di sini sedap, kedai ini sudah memiliki 7 cabang kedai di seluruh Singapura. Nasi ayam hainan terdiri dari ayam, nasi, sos cili, dan sambal.Lokasi: 399, 401, 403 Balestier Road, 329801, Singapura.
2. LOY KEE BEST CHICKEN RICE
Loy Kee Best Chicken Rice sudah buka sejak 1950-an. Biasanya orang-orang mengunjungi Loy Kee Best Chicken untuk sarapan, sebab mereka memang buka sejak pagi. Dari sekian menu yang ada, Loy Kee special set menjadi menu disukai ramai orang.Lokasi: 342 Balestier Rd, Singapura
3. TIAN TIAN HAINANESE CHICKEN RICE
Tian Tian Hainanese Chicken Rice merupakan restauran nasi ayam hainan paling terkenal di Singapura. Mereka buka sejak 1987 dan tidak pernah kehilangan penggemarnya. Banyaknya orang yang makan dan terus tersebar di merata tempat.Lokasi: 1 Kadayanallur St, Maxwell Food Centre, Singapura
4. WEE NAM KEE
Nasi ayam hainan tersedap seterusnya ada di Wee Nam Kee. Restauran ini memang tidak laris macam tempat lain, namun cita rasa nasi ayam Hainan disini juga tak kalah untuk dibandingkan dengan kedai lain, ayam kukus di sini empuk dengan nasi yang tak terlalu berminyak.Lokasi: 101 Thomson Road, #01-08 United Square, Singapura
5. JI DE LAI HAINANESE CHICKEN RICE
Terakhir, ada Ji De Lai Hainanese Chicken Rice yang boleh kamu datangi kalau teringin makan nasi ayam hainan. Uniknya dari restauran satu ini adalah, selain ayam kukus yang kaya rasa, nasi yang harum dan sambal yang manis dan kurang pedas, kamu juga boleh minta tambahan lauk lainnya. Lauk yang tersedia juga macam seperti sayuran yang dimasak menggunakan sos tiram atau juga tauge.Lokasi: 105 Yishun Ring Rd, #01-152 Chong Pang Food Centre, Singapura
https://www.idntimes.com/food/dining-guide/lia-89/tempat-makan-nasi-hainan-enak-di-singapura-c1c2?page=all
MANTAP INFOO YG BERGUNAA
ReplyDeletenasi yang dihidang sangat menyelerakan dan fancy..
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Delete